Assalamualaikum...


hujung minggu je la baru ada masa nak belek2 pokok sekitar rumah. klu weekday tu mmg tak sempat la. pegi pagi balik senja je hari2. perkembangan pokok sayuran sgt lambat. tak cukup baja dan kasih sayang kot. hehehe...... bkn apa, baja dh habis, nak beli asik tak sempat je. tayang pokok lain la plak. antara gmbr yg sempat diambil selepas sembuh dari sakit kepala yg kronik semalam :P ada juga yg dh ambik lama tp masih relevan lagi sbb pokok tu masih sihat dan segar. aku mmg suka ambik gmbr2 pokok ni. mungkin sbb aku suka kaler hijau. tenang dan damai je.........


pokok selasih. baru tahu pokok ni pokok selasih. sian......slalu mak aku guna wat masak kuning.

pokok rosemary. hasil tuaian keratan batang dari pokok induk. senang je nak hidup rupanya.

teka teki - berbulu tp bukan ulat bulu, apakah saya? :D

cantik betul bunga kasturi ni. bau pun harum jee....

pokok bawang tanam dari bawang yg dh tumbuh yg dibeli kat tesco dgn harga rm 0.02. dapat 4 pasu kecik. berbaloi-baloi...

lambatnya nak tunggu merah.

eh....ayam pun ada. ayam jiran tumpang bertelur dan mengeram kat bawah pokok terung. sebenarnya aku suka tgk anak ayam tu ;)

pegaga dan aloe vera berkongsi pasu

ulam raja.

anak pokok labu.

limau kasturi 3 serangkai.


© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.


Assalamualaikum...

dh buat lama tp baru nak letak kat sini. bizi dgn pokok2 je, terperam sume resepi yg dh dibuat. ada lg tu beberapa resepi tgh queue nak tayang. lagi sedap dr roti gardenia. resepi ambik dr dapur k.nor.

ROTI WHOLEMEAL
 
Bahan-bahannya:)
2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 tbsp gula perang.
3 tsp yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 tbsp plain yogurt.
2 tbsp butter.
1/2 tsp garam.


Cara-caranya:)
Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun (Cm guna KA)
Uli sehingga doh kenyal.Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.
Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan bulat-bulatkanya.
Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang) biarkan doh naik 2 kali ganda dari saiz asalnya.
Bakar hingga masak.



© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Assalamualaikum...

baru je tayang gmbr kobis kt entry bawah, balik keje beberapa hari yg lepas, tgk2 dh jd mcm ni ha. frust aku bila tgk kobis yg cantik segar bugar dgn kelopak dedaun yg lebar2 habis patah riuk. rasa nak nangis tau tak.
aku saspek 2 ekor ni je. samada kucing atau ayam. bencinyaaa...... Smiley
nak kena wat pagar tuk sayuran nmpk gayanya.

dapat ke tidak nak merasa kobis tanam sendiri ni :(





Assalamualaikum...

lebih sebulan lamanya tak update blog. bukan pi mana pun. ada je kat sini. tiap2 hari jenguk blog tgk update dr kawan2 tp nak wat entry tu punya la malas. lepas habis exam, busy dgn keje lak bila colleague cuti bersalin, terpaksa lak ambik keje dia separuh.

pape pun, dlm busy2 tu, sempat lagi meneruskan minat yg terhenti beberapa ketika iaitu bercucuk tanam. aku dh tanam beberapa jenis sayuran. ada yg hidup dan ada gak yg tak tumbuh2 mcm salad, sawi putih dan bunga kobis. yg lain2 alhamdulillah tumbuh dan sedang membesar bagai johan ^_^ blh jadi petani berjaya ni ;)

benih kailan yg baru seminggu bercambah dan dh besar mcm gmbr kt bwh. benih beli kat market.


kailan yg dh dialihkan dan sedang membesar. lupa lak dh berapa minggu. lambat tul nak besar.
kobis bulat tp lom membentuk lagi. sepokok lagi dh kena pijak2 dgn kucing atau ayam, aku tak sure. habis togel sbb daun dh patah2. rasa nak buang daerah je kucing & ayam bapak aku ni.
tomato tanam dalam pasu. tak tahu jenis tomato cherry atau yg besar. kat pek tak tulis lak.
dh kuar putik bunga. yahuuu......
daun sup tanam guna batang yg berakar, belen dari yg guna tuk masak.
anak lobak putih. leh buat kimchi. hihihi.....
anak pokok markisa purple.


sabtu lepas ada terima benih kongsi (kailan) dari tanamsendiri.com. dh semai ahad lepas. sedang tunggu benih bercambah. thanks en. iskandar. bln ni plak dia kongsi benih kangkung. sila la ke sana klu nak benih free. en. iskandar jual mcm2 jenis benih sayuran dan bunga.




Assalamualaikum...

huaaaaaaaaa............kesiannya blog ni. mcm tak de tuan punya je. lama sgt x berupdate. apa khabar para pembaca yang budiman sekalian. errrrrrrrr............masih ada ke org baca blog yg dh bersawang ni ;)

kali ni lama sungguh enjin nak panas. bila dh lama sgt tak menulis, mula la rasa malas. nak tunggu roh rajin datang, tak dtg2. hehehe.......

sbb tak update blog? mcm biasa la. 1001 alasan. malas dh nk cakap. buat andaian sendiri dh la ye.

sbg sesi pemanas badan, nak share resepi roti paratha telur yang sgt sedap dimkn dgn kari ayam buatan kakak ku ;) masa buat ni aku tak tgk resepi pun sbb dh tahu konsep dia mcm mana kan. alaaa.......sonang jo. goreng roti, wat telur dadar, pastu lekatkan. siap. buat la mcm mana pun, mesti jd punya. tp tuk memudahkan pada yg nak mencuba, aku copy resepi dr my kitchen snippets.



Egg Paratha Rolls
source: My Kitchen Snippets

Ingredients:
3 pcs of frozen paratha (I used Kawan brand)
3 eggs
½ onion – slice thinly
1 spring onion – cut small
Salt and pepper to taste

1. In a bowl beat the eggs, add in salt, pepper, onion and spring onion. Mix well and set it aside.
2. In a non stick pan over medium heat cook the parathas (without oil) until lightly brown on both sides. Remove and set it aside.
3. In the same pan, heat up a bit of olive oil. Pour 1/3 of the eggs mixture into the pan, let it cook for 10 second then place the cooked paratha on top of the omelet.
4. Let the egg set before turning it over to cook through.
5. Remove and roll up the paratha like a Swiss roll. Do the same to the other two parathas.
6. Cut the paratha about 3/4 “thick and you can serve it with some curry.


cicah dgn kari. sodap woo.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...